Malaysia perkukuh hubungan perdagangan dengan negara anggota ASEAN - Anwar

LocalBusiness & Finance
19 Jun 2025 • 11:21 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar ketika menyampaikan ucaptama pada 38th Asia-Pacific Roundtable: Recalibrating Asia’s Frontiers pada Khamis. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Malaysia sedang giat menaik taraf perjanjian perdagangan sedia ada dengan negara-negara anggota ASEAN dan rakan dialog, memperkukuh komitmennya terhadap ekonomi serantau yang lebih bersepadu dan berdaya tahan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ASEAN telah meletakkan asas kukuh yang telah membimbing komunitinya melalui pelbagai pertikaian dan krisis sama ada isu kedaulatan, sempadan, ancaman pandemik atau bencana iklim.

"Ia telah mengukuhkan integrasi ekonomi kita melalui inisiatif seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau, dan pada masa depan, Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital.

"Kami akan terus meletakkan kepercayaan kami kepada prinsip asas penubuhan ASEAN dan potensinya yang berterusan.

"Namun, kita perlu melangkah lebih jauh dalam memperkukuh tekad bersama,” kata beliau dalam ucaptama pada 38th Asia-Pacific Roundtable: Recalibrating Asia’s Frontiers di sini hari ini. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved