Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara - Tengku Zafrul

LocalPolitics
19 Jan 2025 • 1:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR - Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom (UK) dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang turut disertai Malaysia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, dalam satu sesi diatur oleh Standard Chartered, Majlis Perniagaan ASEAN-UK dan Dewan Perdagangan dan Dewan Perniagaan British Malaysia baru-baru ini, beliau telah berkongsi pelbagai kelebihan Malaysia sebagai hab serantau untuk syarikat UK.

"Sehubungan itu, sayanglah kalau syarikat UK tidak memanfaatkan peluang terbentang ini untuk menerokai peluang perniagaan di Malaysia dan ASEAN," katanya menerusi satu ciapan di laman X beliau pada Ahad.

Tengku Zafrul merupakan antara menteri Kabinet yang menyertai lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama lima hari ke UK yang berakhir Sabtu.

Malaysia meratifikasi CPTPP pada Oktober 2024 dan menyertai Peru, Jepun, Singapura, Chile, New Zealand dan Vietnam berbuat demikian manakala UK menyertainya pada Disember lepas. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved