Malaysia, Republik Kyrgyz jalin kerjasama dalam perbankan Islam, sektor halal - PM

LocalBusiness & Finance
25 Jun 2025 • 2:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) mengadakan pertemuan dua hala bersama Presiden Republik Kyrgyz Sadyr Zhaparov di Perdana Putra pada Rabu. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Malaysia dan Republik Kyrgyz bersetuju untuk bekerjasama membangunkan sistem perbankan Islam serta memperkukuh perdagangan produk halal, dengan Malaysia menawarkan kepakarannya dalam kedua-dua sektor bagi membantu pembangunan kemudahan dan perkhidmatan berkaitan di republik berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam pertemuannya dengan Presiden Sadyr Zhaparov, kedua-dua pemimpin membincangkan penubuhan bank Islam bagi mewujudkan sistem kewangan yang lebih baik.

"Sudah tentu kami membincangkan isu perbankan Islam, halal, pembinaan, penyusunan kewangan dan pelaksanaan program termasuk penubuhan bank Islam.

"Akan ada pertemuan susulan melibatkan menteri-menteri kita. Anda (Zhaparov) membawa barisan menteri penting ke Malaysia dan rakan-rakan menteri saya pasti akan memberi maklum balas, bukan sahaja untuk memperkukuh persefahaman dan persahabatan, tetapi juga memastikan program dan projek dua hala dalam aspek perdagangan dan pelaburan dapat diteruskan," katanya.

Anwar berkata demikian pada sidang media bersama Zhaparov di Kompleks Seri Perdana di sini, pada Rabu. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved