Malaysia sambut baik gencatan senjata di Lubnan

28 Nov 2024 • 3:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kementerian Luar memaklumkan bahawa Malaysia menggesa semua pihak menghormati dan mematuhi syarat gencatan senjata berkenaan.

PUTRAJAYA - Malaysia menyambut baik perjanjian gencatan senjata di Lubnan, menekankan perkembangan positif itu sebagai langkah pertama yang penting ke arah meredakan ketegangan serta mengembalikan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Kementerian Luar memaklumkan bahawa Malaysia menggesa semua pihak menghormati dan mematuhi syarat gencatan senjata berkenaan.

Kementerian Luar turut mengulangi gesaan untuk menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan, termasuk Resolusi 1701 (2006), perlindungan ke atas orang awam dan akses bantuan kemanusiaan tanpa halangan kepada rakyat Lubnan yang menderita akibat konflik yang berpanjangan.

Kementerian itu berkata, gencatan senjata pada kadar segera dan kekal di Gaza juga perlu dilaksanakan dengan akses tanpa sekatan kepada bantuan kemanusiaan dipulihkan segera.

"Keamanan di Timur Tengah hanya akan dicapai apabila wujudnya Palestin yang merdeka, bebas dan berdaulat,” menurut kenyataan itu.

Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Lubnan Hizbullah hasil perantaraan Amerika Syarikat dan Perancis mula berkuat kuasa pada 27 November. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved