Malaysia Sasar Mempunyai 4000 Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik Tahun Ini

TechnologyDigitalCars
14 Feb 2023 • 6:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pelan elektrifikasi negara kini semakin jelas selepas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengumumkan sasaran negara mempunyai 4000 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) menjelang penghujung 2023. Pada waktu hanya terdapat 900 stesen pengecas kenderaan EV di seluruh negara.

image is not available

Pada waktu yang sama sasaran mempunyai 10,000 stesen pengecas EV diletakkan menjelang 2025 dengan 1000 dari jenis DC dan 9000 dari jenis AC yang menawarkan pengecasan lebih perlahan. Di bawah Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030, Malaysia menyasarkan EV dan kenderaan hibrid menyumbang sekurang-kurangnya 15 peratus daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) menjelang 2030.

Jumlah pengecas kenderaan EV masih lagi rendah jika dibandingkan dengan puluhan ribu pam bahan api fosil di ribuan stesen minyak di seluruh negara. Walaupun bermula perlahan, semakin banyak stesen pengecasan dibuka di stesen minyak PETRONAS dan Shell sejak akhir-akhir ini dengan usaha juga dilakukan oleh syarikat seperti Tenaga Nasional dan Gentari.