Malaysia Sasar Menjadi Hab Pengkomputeran Awan Bertaraf Global Menjelang 2030

LocalTechnology
13 Aug 2025 • 1:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Malaysia hari ini melancarkan Dasar Pengkomputeran Awan Negara (NCCP), dalam usaha untuk membangunkan ekosistem digital yang sihat, selamat, berdaulat, inklusif dan mampan. Dasar baharu ini melibatkan kerjasama antara semua pihak, termasuk penyedia perkhidmatan awan, agensi kerajaan, sektor swasta, ahli akademik dan rakyat.

image is not available

Melalui dasar ini, ia meliputi sejumlah perkara, termasuk hala tuju menyeluruh dalam penggunaan teknologi awan di semua peringkat. Ini juga adalah dalam usaha menjadikan Malaysia hab pengkompteran awan bertaraf global menjelang 2030. Sebanyak lima tonggak difokuskan melalui dasar ini, termasuk Transformasi Sektor Awan, Memupuk Pertumbuhan Sektor Swasta, Perlindungan dan Privasi Data Selamat, Keterangkuman Digital, dan Kelestarian Alam Sekitar.

image is not available

Dasar ini juga dirangka dengan fleksibiliti, membolehkan penyesuaian terhadap perubahan teknologi dan cabaran baharu dalam landskap pengkomputeran awan. Bagi anda yang berminat atau terlibat dalam arena ini, boleh mengakses Dasar Pengkomputeran Awan Negara ini melalui laman rasmi Kementerian Digital.