Malaysia Sedia Bantu Kerajaan Interim Bangladesh Kembalikan Keamanan Negara – PM

LocalPolitics
14 Aug 2024 • 5:45 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan bersedia membantu Bangladesh mengembalikan keamanan dan ketenteraman ke arah pembangunan semula negara itu.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, Anwar memberitahu Ketua penasihat kerajaan interim Bangladesh, Prof Muhammad Yunus memberi jaminan untuk melindungi hak semua rakyat negara itu.

image is not available

Foto: FB Anwar Ibrahim

“Malam tadi saya telah membuat panggilan telefon kepada sahabat lama saya, Prof. Muhammad Yunus, bagi mengucapkan tahniah dan bertanyakan khabar susulan pelantikan beliau sebagai Ketua Penasihat kepada Kerajaan Interim Bangladesh baru-baru ini.

“Prof. Yunus mempunyai sejarah hubungan yang baik dengan Malaysia. Justeru, saya telah memberi jaminan kesediaan Malaysia untuk membantu Bangladesh mengembalikan keamanan dan ketenteraman ke arah pembangunan semula negara itu,” katanya hari ini.

image is not available

Foto: Media Sosial

Beliau yang juga Menteri Kewangan turut menghargai jaminan yang diberikan Prof. Yunus tersebut agar semua warga Bangladesh termasuk golongan minoriti diberikan layanan adil.

“Prof. Yunus turut menjemput saya untuk melakukan lawatan pendek ke Bangladesh dalam masa yang terdekat bagi mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan di antara kedua-dua negara,” ujarnya.

image is not available

Foto: connectedtoindia.com

Sementara itu, Prof. Yunus, 84, telah mengangkat sumpah jawatan untuk memimpin kerajaan peralihan 17 anggota di Bangladesh pada Khamis lepas.

Hal itu selepas kejatuhan kerajaan Liga Awami di bawah pimpinan Perdana Menteri, Sheikh Hasina ekoran berlakunya rusuhan besar-besaran yang tidak pernah terjadi sebelum ini di negara itu.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim