Malaysia sedia salur bantuan kewangan kepada Lubnan

11 Nov 2024 • 6:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Malaysia bersedia untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada Lubnan bagi membantu mangsa yang terkesan akibat serangan Israel, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Perdana Menteri Lubnan Najib Mikati semasa menerima kunjungan hormat pemimpin itu di ibu kota Arab Saudi, Riyadh, sebelum Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab-Islam.

"Dalam pertemuan ini saya nyatakan sokongan berterusan Malaysia terhadap Lubnan yang kini berdepan kegilaan rejim Zionis Israel.

"Malaysia juga terkesan secara langsung dengan ketegangan di Lubnan susulan insiden serangan Israel sehingga mengakibatkan enam anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) yang menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) tercedera,” katanya.

Pada malam Ahad, Anwar Ibrahim berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah untuk ke Riyadh, bagi menghadiri sidang kemuncak tergempar itu yang dijadual berlangsung hari ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved