
PUTRAJAYA - Malaysia disifatkan tersilap langkah dalam pemberian subsidi kepada rakyat yang turut dinikmati golongan kaya, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Menurutnya, perkara itu telah berlarutan bertahun-tahun lamanya dan Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang memperbetulkan dasar pemberian subsidi tersasar itu.
"Sebagai kerajaan bertanggungjawab maka kesilapan dasar ini perlu diperbetulkan," katanya menerusi sidang akhbar sempena majlis pelancaran Dokumen Piawaian Pelaburan Mampan (SIS) di Kompleks Kementerian Kewangan, dekat sini pada Jumaat.
AKAN MENYUSUL
