Malaysia tangga ke-3 paling ramai ‘single’ di Asia Tenggara

16 Feb 2024 • 11:08 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Status individu sebagai solo (single) atau bujang tidak menjadi satu perkara luar biasa atau cetuskan persoalan pada ketika ini. Jika dulu, sudah pastinya individu tersebut menjadi sindiran atau umpatan masyarakat.

Berbanding kini, ramai yang mengejar karier dan menikmati kehidupan sebagai individu single terlebih dahulu sebelum memikirkan melangkah ke era perkahwinan. Bukan hanya di Malaysia, di negara-negara lain banyak rekod yang mencatatkan masih ramai yang berstatus single.

Menerusi satu laporan seasia, satu kajian dijalankan mengenai peratusan populasi bujang di Asia Tenggara. Dalam kajian tersebut, Filipina menduduki tangga teratas dengan peratusan 49%. Manakala Malaysia pula menduduki tangga ketiga dengan merekod peratusan sebanyak 44.68%.

image is not available

“Dari tahun 1970 hingga 2021, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan teliti mengumpulkan data mengenai status perkahwinan, merangkumi kira-kira 1.6 bilion individu secara global.

“Dalam dataset yang luas ini, individu yang belum berkahwin, bercerai, berpisah, atau ditinggalkan adalah ditakrifkan sebagai bujang,” tulis laporan itu.

Situasi ini kata pakar mencerminkan satu perubahan atau anjakan yang lebih meluas di mana individu semakin mengutamakan ruang peribadi, penjagaan diri dan kesejahteraan emosi berbanding memikirkan soal perkahwinan.

Dalam pada itu, Brunei menduduki tangga kedua dengan jumlah peratusan 44.9% dan Timor Laste kedudukan terakhir dengan kiraan 13%.

Sumber: Seasia