
Kota Kinabalu: Kerajaan Malaysia kekal teguh dalam komitmennya untuk mendapatkan kembali aset daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Negara kita meneruskan usaha mendapatkan kembali ini, bukan sahaja di Amerika Syarikat tetapi juga di Switzerland, United Kingdom, Hong Kong, Singapura dan banyak negara lain,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB, Datuk Seri Johari Abdul Ghani kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Lembaga Koko Malaysia 2025 di sini, pada Isnin.
AdvertisementBeliau berkata pasukan petugas pemulihan aset 1MDB tidak akan terjejas oleh pembubaran Keptocracy Asset Recovery Initiative (KARI) Jabatan Kehakiman (DoJ) AS.
Laporan media pada 7 Feb dipetik menyatakan KARI yang memainkan peranan penting dalam menyiasat dan mendakwa Skandal 1MDB, telah diarah dibubarkan.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Wartawan penyiasat Bradley Hope berkata Peguam Negara AS Pam Bondi mengumumkan penutupan serta-merta kedua-dua KARI dan Task Force Klepto Capture dalam e-mel Rabu lepas.
DoJ telah menggunakan kuasa KARI di bawah undang-undang pelucuthakan aset sivil untuk merampas lebih AS$1 bilion (RM4.47 bilion) aset yang dikaitkan dengan dana yang diselewengkan daripada 1MDB, termasuk hartanah mewah, karya seni dan barangan bernilai tinggi lain yang dibeli dengan wang yang digelapkan.
AdvertisementJohari berkata pasukan petugas itu percaya Goldman Sachs belum menjelaskan pembayarannya kepada Malaysia, yang masih dalam timbang tara.
“Terdapat pertikaian mengenai perjanjian pembayaran yang ditandatangani Goldman Sachs dengan kerajaan terdahulu. Mereka hanya membayar AS$2.5 bilion (daripada AS$3.9 bilion).
Advertisement“Jadi, kita perlu (menyelesaikan) perkara ini melalui proses timbang tara,” katanya.
