Malaysia Terima Tawaran SEAGF, Sarawak Dipiliih Jadi Tuan Rumah Sukan SEA 2027

29 Aug 2024 • 12:18 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sukan SEA 2027 di Malaysia, Sarawak dapat peranan utama

Malaysia Terima Tawaran SEAGF, Sarawak Dipiliih Jadi Tuan Rumah Sukan SEA 2027. Malaysia telah bersetuju untuk menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027, seperti yang diumumkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Keputusan ini dibuat semasa mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam. Menurut sumber, ia mengambil kira komitmen yang telah dijanjikan oleh Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang untuk menjadi tuan rumah bersama.

image is not available
Malaysia Terima Tawaran SEAGF, Sarawak Dipiliih Jadi Tuan Rumah Sukan SEA 2027

KBS menyatakan bahawa ketiga-tiga negeri tersebut telah menyuarakan kesediaan mereka untuk menggunakan peruntukan sendiri bagi menjadi tuan rumah bersama Sukan SEA 2027 dengan Kuala Lumpur.

Pada hari Sabtu lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk melantik Sarawak sebagai tuan rumah bersama acara sukan serantau ini pada tahun 2027. Ini berikutan kebolehan negeri tersebut dalam mengendalikan acara sukan besar dengan cemerlang, seperti yang ditunjukkan semasa pengurusan SUKMA 2024.

Selepas SUKMA 2024, Sarawak diberi kepercayaan anjur Sukan SEA 2027

Pengumuman ini turut mendapat pujian daripada Majlis Sukan Negara, yang mengatakan ia merupakan tanda positif bagi industri sukan negara, terutamanya dalam usaha meningkatkan prestasi atlet kebangsaan.

Selain itu, KBS juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Sarawak dan Jawatankuasa Penganjur SUKMA XXI atas kejayaan menguruskan penganjuran Sukan yang berakhir pada 24 Ogos.

Baca juga artikel yang berkaitan: