Malaysia Terpaksa Bayar Pampasan RM320j Kepada Singapura Buta-Buta, Najib Minta Siasat Kerajaan Muhyiddin

Politics
6 Dec 2022 • 7:16 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Semalam kecoh di media sosial mengenai bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa menyeleweng dana kerajaan bernilai RM600 bilion.

Terbaru! Di Twitter, bekas Perdana Menteri, Najib Razak pula memuat naik satu posting yang juga memetik nama Muhyiddin Yaasin dan meminta siasatan dijalankan. Apa kes pula ni?

Najib mempersoalkan kenapa kerajaan Muhyiddin sebelum ini membatalkan HSR KL-Singapure untuk diganti dgn KL-JB yg guna teknologi ERL.

Selain kerajaan bayar pampasan RM320juta pada Singapura, kerajaan Muhyiddin juga sedia bayar pampasan RM5.7b ke RM7.7b pada syarikat ERL milik YTL.

Menerusi ruangan komen pengguna Twitter lain, ada yang mengatakan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun ‘Retweet’ posting yang dibuat Najib. Apa pandangan korang?

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.