Malaysia Terus Sokong Hamas, Tidak Gentar Dengan Amaran AS

31 Oct 2023 • 5:18 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Malaysia tegas pertahankan sokongan kepada Hamas walaupun diugut Amerika Syarikat

Malaysia Terus Sokong Hamas, Tidak Gentar Dengan Amaran AS. Seperti yang diketahui umum, Malaysia sememangnya menyokong sepenuhnya kepada Hamas dalam pembebasan tanah Palestin daripada rejim Israel Zionis sejak kepimpinan Tun Mahathir sehinggalah Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX).

Baru-baru ini, PMX mendedahkan bahawa Malaysia menerima tiga notis tata tindak daripada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) disebabkan tidak menganggap Hamas sebagai kumpulan pengganas.

image is not available
Malaysia Terus Sokong Hamas, Tidak Gentar Dengan Amaran AS. Sumber: mediacorp

Dua notis dipanggil demarche, manakala satu lagi tidak dinyatakan

PMX menyatakan bahawa pada 13 dan 30 Oktober lalu, dua notis yang dipanggil sebagai demarche itu diterima Kementerian Luar masing-masing, manakala satu notis lagi tidak dinyatakan tariknya, memetik laporan.

“Oleh kerana keengganan kita membantah tindakan Hamas dan tidak menganggap Hamas sebagai pengganas, saya mendapat maklumat melalui Kementerian Luar sudah menerima demarche iaitu tata tindak daripada Kedutaan AS sebanyak tiga kali.

“Ia disebabkan pendirian kita terutama keengganan kita menganggap Hamas itu sebagai badan pengganas,” ujarnya menerusi sumber.

“Saya sudah menjawab dalam majlis (solidariti Palestin) di stadium baru-baru ini, saya tegaskan bahawa Malaysia kekal dengan pendirian bebas kita dengan pertimbangan kemanusiaan dan menganggap pencerobohan itu (salah) dari segi undang-undang dan kaedah antarabangsa kerana perkara ini sudah berlarutan berdekad sejak 1948.

Difahamkan beliau berkata demikian pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMTQ) di Dewan Rakyat, hari ini.

Tidak bersetuju dengan tekanan Barat untuk mengecam Hamas

Untuk makluman, sebelum ini Anwar Ibrahim pernah menegaskan beliau tidak bersetuju dengan tekanan Barat untuk Malaysia mengecam kumpulan Hamas. Baginya, Malaysia mempunyai hubungan dengan Hamas dari dahulu dan ini akan berterusan.

“Oleh itu, kami tidak bersetuju dengan sikap menekan mereka, kerana Hamas juga menang di Gaza secara bebas melalui pilihan raya dan rakyat Gaza memilih mereka untuk memimpin,” katanya lagi.

Baca juga artikel yang berkaitan:

https://www.iloveborneo.my/israel-serang-gereja-ketiga-tertua-di-dunia/

https://www.iloveborneo.my/keganasan-ibu-bapa-anak-pegang-senjata-palestin/