Malaysia teruskan dasar luar bebas, berkecuali - Anwar

LocalPolitics
2 Jul 2026 • 11:37 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Malaysia teruskan dasar luar bebas, berkecuali - Anwar
Anwar (kiri) ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik (APR) ke-39, pada Khamis. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Malaysia akan terus mengamalkan dasar luar yang bebas, proaktif dan tidak berpihak selain tidak akan teragak-agak mempertahankan kepentingan negara dan pendirian berprinsip dalam isu-isu antarabangsa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pendekatan itu dibuat secara berprinsip bagi mencerminkan identiti Malaysia, pengalaman sejarah negara serta keperluan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran global yang semakin tidak menentu.

Perdana Menteri berkata Malaysia akan terus mengambil pendirian, memupuk hubungan dan menyokong pelbagai inisiatif yang memajukan nilai, kepercayaan dan kepentingan negara.

"Apa kita usahakan selama ini dalam melaksanakan dasar luar Malaysia boleh dirumuskan seperti berikut - satu pendekatan berprinsip, namun tidak terikat dengan mana-mana pihak, bercita-cita tinggi dan berani tanpa bersikap melulu serta tegas mempertahankan kebebasan dalam membuat keputusan tanpa mengetepikan semangat muhibah dan kerjasama," katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik (APR) ke-39, di sini, pada Khamis.

AKAN MENYUSUL

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved