Malaysia tolak permintaan AS mansuh duti eksais, permit import, longgar ekuiti asing

LocalPolitics
1 Aug 2025 • 6:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bercakap pada sidang akhbar berkaitan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) di Menara MITI hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak berkompromi terhadap permintaan Amerika Syarikat (AS) untuk memansuhkan duti eksais terhadap kenderaan, tembakau dan alkohol serta menolak untuk menghapuskan keperluan permit import atau melonggarkan had pegangan ekuiti asing dalam sektor strategik.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan telah menolak permintaan AS berkaitan perkara tersebut.

“Kita tidak akan berkompromi terhadap kedaulatan ekonomi atau keselamatan negara. 

"Duti eksais, lesen import dan sekatan ekuiti akan terus dikekalkan di mana perlu,” katanya pada sidang akhbar berkaitan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) di Menara MITI hari ini.

AKAN MENYUSUL 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved