Malaysia ulangi komitmen perkukuh kerjasama dengan Turkiye

Politics
25 Apr 2023 • 12:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar ketika menerima panggilan telefon daripada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Isnin.

image is not available
Anwar Ibrahim, Recep Tayyip Erdogan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi komitmen Malaysia untuk terus bekerjasama dengan Turkiye dan akan memperkukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Anwar menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial memaklumkan perkara itu dizahirkan semasa menerima panggilan telefon daripada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Isnin sambil kedua-dua pemimpin itu berbalas ucapan Aidilfitri Mubarak.

"Kami menegaskan isu-isu hubungan dua hala Malaysia-Turkiye, isu-isu antarabangsa termasuk perkembangan krisis politik di Tunisia selain perkembangan terkini mengenai pergolakan di Sudan.

"Saya juga mengambil maklum Turkiye kini sedang dalam proses persediaan untuk menghadapi pilihan raya tidak lama lagi dan saya menegaskan komitmen Malaysia untuk terus bekerjasama dengan negara itu dan perkukuh hubungan antara kedua negara sahabat," katanya. - Bernama