Malaysia, Universiti Tshinghua setuju kukuh kerjasama - Perdana Menteri

19 Sep 2023 • 7:40 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Malaysia, Universiti Tshinghua setuju kukuh kerjasama - Perdana Menteri

johardy

19/09/2023 - 07:40

KUALA LUMPUR 19 Sept - Universiti Tsinghua dari Beijing, China bersetuju memperkukuh kerjasama dengan Malaysia membabitkan pertukaran pelajar, ahli akademik dan pengkaji selain membuka peluang mengadakan kajian secara bersama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu antara inti pati pertemuan Anwar dengan Presiden Universiti Tsinghua iaitu Wang Xiqin yang melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya pada Isnin.

"Universiti Tsinghua juga sedang merancang untuk mengadakan program bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China tahun hadapan.

"Harapan saya agar kerjasama ini dapat diperluaskan sementelahan Universiti Tsinghua dikenali sebagai antara yang terkenal dan mendapat pengiktirafan antarabangsa berkaitan kajian akademik dan bidang pendidikan, khususnya melibatkan kejuruteraan, sains dan teknologi," menurut beliau dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Anwar berkata, ketika ini, terdapat sejumlah 350 penuntut Malaysia melanjutkan pengajian di Universiti Tsinghua iaitu yang tertinggi dalam kalangan pelajar asing di universiti tersebut. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved