Malaysia, Vietnam berentap separuh akhir

LocalFootball
14 May 2025 • 11:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Aksi pemain Brunei, cuba menghalang bola libasan pemain negara Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia Kuala Lumpur 2025 di Stadium Titiwangsa pada Rabu.

REGU negara menepati ramalan apabila mara ke separuh akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia Kuala Lumpur 2025 selepas menewaskan Brunei dengan keputusan 2-0 pada aksi suku akhir di Stadium Titiwangsa, malam ini.

Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan Ahmad Mohd Zain bertemu regu Vietnam, yang sebelum itu berjaya menundukkan Indonesia 2-1 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Terdahulu, trio utama negara yang dibarisi Muhammad Haziq Hairul Nizam (tekong), Farhan Adam (pengumpan), dan Mohamad Azlan Alias (perejam) tidak berdepan masalah mengekalkan momentum kemenangan selaku juara Kumpulan A pagi tadi untuk meraih mata pertama 15-7.

Kemasukan Mohammad Syahir Rosdi bagi menggantikan Muhammad Haziq menyuntik semangat baharu dalam pasukan sekali gus mengesahkan kemenangan ke atas Brunei dengan 15-4.

Sementara itu, dalam dua lagi aksi suku akhir, India menewaskan Filipina 2-1 manakala Thailand mengatasi Jepun 2-0.

Kedua-dua perlawanan separuh akhir dijadual berlangsung esok.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved