Malaysia-Vietnam sedia perkukuh hubungan dua hala, kerjasama strategik

30 Jul 2025 • 11:02 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

image is not available

KUALA LUMPUR, 30 JULAI: Malaysia dan Vietnam bersedia untuk memperkukuh hubungan dua hala dan terus meneroka potensi kerjasama strategik antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata perkara itu antara inti pati perbincangan beliau dengan Perdana Menteri Vietnam Phạm Minh Chính menerusi perbualan telefon hari ini.

“Saya menghargai kesediaan Vietnam untuk menghantar delegasi peringkat menteri bagi memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua negara. Kami akan terus berhubung menjelang pertemuan seterusnya di China awal September depan,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri berkata perbincangan itu turut menyentuh pelbagai perkembangan serantau serta isu global seperti tarif Amerika Syarikat, di samping meneroka potensi kerjasama masa hadapan dalam bidang inovasi, keselamatan tenaga serta inisiatif Grid Kuasa ASEAN.

“Kami menyambut baik kemajuan positif dalam rundingan gencatan senjata antara Thailand dengan Kemboja, termasuk lawatan pasukan pemantau yang diterajui Malaysia ke kawasan terlibat.

“Kedua-dua pihak turut menegaskan kepentingan pemantauan berterusan bagi menjamin kestabilan dan keamanan rantau ASEAN,” kata Anwar.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved