Malaysia vs Nepal [LIVE] Kelayakan Piala Asia 2027 – 18 November 2025

LocalFootball
18 Nov 2025 • 7:16 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

image is not available

Tengah cari link untuk tonton perlawanan Malaysia vs Nepal bagi perlawanan Piala Asia AFC 2027 pada malam ini? Untuk makluman, anda boleh tonton perlawanan ini secara langsung di TV Okey & Sukan RTM. Anda juga boleh menonton melalui penstriman langsung RTMKLIK di https://rtmklik.rtm.gov.my

Skuad Harimau Malaya bimbingan Peter Cklamovski akan turun mengharungi saingan Kelayakan Piala Asia AFC 2027 dalam Kumpulan F menentang Nepal pada 18 November 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ayuh saksikan siaran langsung yang akan bermula pada jam 8.30 malam di Saluran TV Okey dan Saluran Sukan RTM.

Jom kami kongsikan trivia dan link untuk live streaming malam ini.

image is not available

Pengenalan Kelayakan Piala Asia 2027

Cabaran sengit menanti Harimau Malaya pada kempen kelayakan Piala Asia 2027 apabila diundi bersama Vietnam dalam Kumpulan F.

Dalam majlis undian yang berlangsung di AFC House, Bukit Jalil hari ini, turut diundi dalam kumpulan sama adalah Nepal dan Laos.

Berdasarkan ranking dunia, Vietnam berada di kedudukan ke-116, Malaysia (132), Nepal (175) dan Laos ke-186.

Berdasarkan rekod pertemuan menentang Vietnam sejak 2016 menyaksikan Malaysia tewas tujuh dan seri satu dalam lapan pertemuan.

Kali terakhir pasukan negara meraih kemenangan adalah pada Disember 2014.

Saingan kumpulan Kelayakan Piala Asia 2027 akan berlangsung secara timbal balik.

Berdasarkan format kejohanan, hanya juara setiap kumpulan akan mengesahkan tempat ke Piala Asia 2027.

image is not available

Pasukan Harimau Malaya setakat ini bermain dengan baik di mana 12 mata diperoleh daripada 4 perlawanan (12/12) dengan mencatatkan rekod semua kemenangan.

Malaysia kini berada di tangga pertama Kumpulan F selepas Hari Perlawanan 4 pada Selasa, 14 Oktober 2025.

image is not available
Sumber: Malaysia NT / FAM

Malaysia vs Nepal – Kelayakan Piala AFC Asian Cup 2027

Berikut serba sedikit info Rekod Pertemuan Malaysia – Nepal sebelum ini.

image is not available
Sumber infografik: Berita RTM

Jom sama-sama bagi sokongan padu untuk Malaysia mendapatkan 3 mata penuh menentang Nepal malam ini!

Info perlawanan :

  • Tarikh : Selasa, 18 November 2025
  • Waktu : 9.00 malam
  • Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
image is not available

Berikut adalah info live streaming dan tayangan skrin besar malam ini.

Live Streaming Malaysia lwn Nepal – Kelayakan Piala AFC / Asian Cup 2027

Berikut antara link untuk anda tonton perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 secara LIVE pada malam ini:

Siaran percuma:

  1. Sukan RTM (111)
  2. TV Okey (110)
  3. YouTube AFC Asian Cup (Akses VPN)

Siaran berbayar (Astro Go & Sooka):

  1. Astro Arena (801, 803, 804)
  2. Astro Supersport (811 – 813)

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan mengadakan Tayangan Skrin Besar perlawanan ini bagi anda yang tidak berkesempatan ke stadium seperti maklumat berikut:

Lokasi Tayangan Skrin Besar (Seluruh Malaysia)

  • PUTRAJAYA – Dataran Putrajaya, Presint 3
  • SELANGOR – Dataran MPKj @ Stadium Kajang
  • NEGERI SEMBILAN – Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi & IKBN Chembong
  • MELAKA – Parkir Stadium, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • JOHOR – Dataran Mahkota, TMJYC Pasir Gudang
  • PERAK – Dataran Lenggong, Lenggong
  • KEDAH – Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
  • PENANG – Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban
  • PERLIS – Dataran Sena, Kangar
  • TERENGGANU – Aras Bawah, Kompleks Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu
  • PAHANG – Dewan Semai Bakti, Felda Panching Selatan, Kuantan
  • KELANTAN – Dataran IPG Kampus Kota Bharu, Pengkalan Chepa
  • SABAH – Dewan Terbuka Apin-Apin, Keningau
  • SARAWAK – Pekarangan Aiman Mall, Kota Samarahan
  • LABUAN – Gelanggang Futsal Hassan Sani, Kompleks Belia dan Sukan WP Labuan
image is not available
Sumber: Jabatan Belia dan Sukan Negara
Malaysia lawan Nepal jam berapa?

Perlawanan berlangsung pada 18 November 2025 (Selasa), jam 9.00 malam waktu Malaysia.

Perlawanan ini disiarkan di mana?

Boleh ditonton melalui:
RTM / TV Okey / Sukan RTM (Penyiar rasmi)
Siaran digital RTMKLIK
– Stadium Astro
– Tayangan skrin besar anjuran KBS/JBSN di seluruh negara.

Malaysia berada di kedudukan mana dalam Kumpulan F?

Malaysia kini berada di tangga pertama Kumpulan F dengan 12 mata, rekod 100% kemenangan.

Apa situasi terkini Nepal dalam kumpulan?

Nepal berada di kedudukan terakhir (4) dan masih belum mengutip mata.image is not available

Kenapa perlawanan ini penting untuk Malaysia?

Jika menang, Malaysia berpeluang:
– Mengukuhkan kedudukan sebagai juara Kumpulan F
– Mengesahkan slot awal ke Piala Asia 2027 (bergantung keputusan perlawanan lain)

Ada tayangan skrin besar malam ni?

Ya. KBS menyediakan tayangan skrin besar di lebih 15 lokasi seluruh Malaysia, termasuk Putrajaya, Kajang, Paroi, Melaka, Pasir Gudang, Alor Setar, Kangar, Kuala Terengganu, Kuantan, Kota Bharu, Sabah, Sarawak & Labuan.

Apa Itu Kelayakan Piala Asia 2027?

Kelayakan Piala Asia 2027 ialah siri perlawanan antarabangsa yang dijalankan oleh negara-negara ahli AFC untuk merebut tempat ke pertandingan akhir Piala Asia 2027.
Kelayakan ini melibatkan puluhan negara Asia, termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Jepun, Korea Selatan dan banyak lagi.