Tema ini membawa maksud visi kerajaan untk membina negara yang maju, inklusif dan harmoni, serta memastikan nikmat kemakmuran dirasai secara adil oleh seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang. Saya amat tertarik dengan objektif dan makna tema yang inklusif dan menyeluruh kerana kesejahteraan bukan hanya untuk golongan tertentu, tetapi dikecapi oleh setiap lapisan masyarakat. Ia berteraskan nilai MADANI yang berpaksi tepat kepada keadilan, kemanusiaan, dan kebajikan rakyat. Sesungguhnya, keharmonian mengukuhkan semangat perpaduan serta kebersamaan membina masa depan negara. (https://www.facebook.com>malaysia-madani-kesejahteraan-dinikmati<)

Pada hemat saya, kesejahteraan negara yang dihasratkan dalam tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” sememangnya bermula daripada kesejahteraan diri setiap individu. Sebenarnya, kesejahteraan dalam diri sendiri pada setiap individu adalah tonggak kesejahteraan hidup masyarakat secara keseluruhannya dengan berpaksikan kepada kepercayaan kepada tuhan. Apabila setiap rakyat memiliki jiwa yang tenang, sihat, dan stabil, barulah sebuah masyarakat yang harmoni & negara yang makmur dapat dibentuk. Seseorang yang sejahtera dirinya tidak akan mementingkan diri sendiri sahaja. Mereka mampu mengembangkan potensi diri, bekerjasama dengan masyarakat, dan memacu kemajuan negara tanpa mengorbankan hak orang lain.

Sebagai seorang pengamal pengurusan dan pembangunan sumber manusia, saya menyedari bahawa kesejahteraan diri merangkumi aspek yang holistik: (1) Kesesejahteraan Mental dan Emosi iaitu Ketenangan Jiwa dengan mengurangkan tekanan harian dan keresahan hidup melalui sokongan psikologi yang baik, serta Daya Tahan Diri membina kekuatan dalaman untuk berdepan dengan cabaran ekonomi dan sosial; (2) Kesejahteraan Spiritual dan Nilai dengan Kejelasan Tujuan Hidup dan mempunyai pegangan moral, etika, dan nilai murni sebagai panduan bertindak, serta Sikap Insan memupuk rasa belas kasihan dan kepedulian terhadap nasib orang lain di sekeliling kita; (3) Kesejahteraan Fisikal dan Material menjaga kesihatan diri melalui gaya hidup sihat bagi mengelakkan penyakit & Keseimbangan Hidup memastikan keperluan asas, kewangan, dan masa bersama keluarga sentiasa seimbang.
Saya yakin masa depan kesejahteraan yang dinikmati dalam kerangka Malaysia MADANI dibina atas jaminan kelestarian, keadilan sosial & kesiapsiagaan negara menghadapi cabaran global. Kesejahteraan masa depan bermaksud generasi akan datang dapat terus mengecap kemakmuran ekonomi, budaya, keamanan, dan kualiti hidup yang lebih baik dan bahagia berbanding hari ini, InsyaAllah.
Kongsi kisah Anak Malaysia anda & menangi hadiah wang tunai sehingga RM2,880! Ketahui cara penyertaan di sini. T&S terpakai.
Zulkifly Baharom (hajizul50@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.
