MALBATT tetap teguh - PAT

8 Nov 2024 • 4:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pasukan MALBATT 850-12 berangkat ke Lubnan bagi menggalas amanah yang diberikan untuk misi pengaman. Foto: ATM (Gambar kecil: Mohammad)

image is not available
Anggota MALBATT 850-12 berpelukan dengan ahli keluarga sebelum berlepas ke Lubnan bagi misi pengaman, pada 6 November. Foto: ATM

image is not available
Anggota MALBATT 850-12 berpelukan dengan ahli keluarga sebelum berlepas ke Lubnan bagi misi pengaman, pada 6 November. Foto: ATM

image is not available
Anggota MALBATT 850-12 berpelukan dengan ahli keluarga sebelum berlepas ke Lubnan bagi misi pengaman, pada 6 November. Foto: ATM

image is not available
Mohammad (kanan) mengiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagi menyempurnakan penghantaran kumpulan pertama MALBATT 850-12 ke Lubnan, pada 6 November. Foto ATM

SHAH ALAM - Enam anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850 yang dilaporkan cedera susulan insiden letupan yang berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan telah selamat berada di dalam kem.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata, kesemua anggota lelaki ini dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.

"Alhamdulillah, kesemua enam anggota yang terlibat hanya mengalami kecederaan ringan.

"Sekarang ini mereka berada di dalam kem untuk berehat dan melakukan tugas pentadbiran," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Tegas Mohammad, MALBATT akan tetap teguh bersama Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL) bagi melaksanakan tugas pengaman di bumi Lubnan sebagaimana mandat yang diberikan.

Jelasnya, pasukan hanya akan berundur apabila mendapat arahan daripada PBB.

Dalam pada itu, Mohammad berkata, pasukan MALBATT juga telah dibekalkan dengan kit pertolongan cemas individu (IFAK).

Sinar Harian pada Khamis melaporkan, seramai enam anggota MALBATT disahkan mengalami kecederaan susulan insiden letupan yang berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan ketika pergerakan dari Beirut ke Kem Marakah pada jam jam 1.54 tengah hari waktu tempatan.

Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenyataan memaklumkan letupan tersebut telah menyasarkan sebuah kenderaan awam lain yang sedang menghala ke Beirut, namun turut mengakibatkan kerosakan pada sebuah bas yang membawa anggota keselamatan itu.

Lima cedera melibatkan anggota MALBATT 850-12 dan seorang lagi membabitkan anggota MALBATT 850-11.

6 November, seramai 220 anggota MALBATT 850-12 kumpulan pertama berlepas ke Lubnan bagi menjalankan misi pengaman.