“Malu Ke Anak..” – Pakai Seluar Pendek Sampai Nampak Peha, Netizen Suruh Fizo Omar Jaga Aurat

29 Aug 2022 • 12:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pelakon dan usahawan, Fizo Omar berkongsi hantaran di laman Instagram miliknya memaparkan beberapa keping gambar percutian bersama keluarga di Taman Tema Legoland Malaysia Resort.

Menerusi hantaran tersebut, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar dilihat bersama isteri, Fazeera Nazri Azrai dan anak perempuan, Maryam di taman tema tersebut.

Malah, turut dilihat pelakon Aidil Aziz dan isterinya yang juga merupakan pelakon, Fasha Sandha di dalam hantaran gambar.

Beginilah kalau sudah jadi ibu bapa. Cari lokasi untuk anak-anak. Asalkan anak-anak mendapat keseronokan maksimum. Ibu bapa pun boleh buat reunion.

Bagaimanapun, lain pula yang menjadi perhatian orang ramai apabila kecewa melihat Fizo memakai seluar pendek sehingga menampakkan aurat lutut dan pehanya.

image is not available

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah menegur Fizo dan Aidil untuk menjaga aurat masing-masing dan berharap mereka dapat berubah memandangkan Fizo sudahpun mengerjakan Haji.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 jam lalu

"Dah Cerai Baru Rindu" - Noh Akui Nyanyi Di Konsert Ubat Rindu Yang Teramat, Tapi Netizen Perli Pula?