“Malu Lah Anak Saya Nanti” – Fattah Amin Tahu Sesuatu Mengenai Fazura, Dah Setuju Tak Failkan Nusyuz

LocalEntertainment
7 Oct 2024 • 5:06 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
fattah amin

Pelakon, Fattah Amin mendedahkan sebelum meneruskan penceraian, pihaknya dan bekas isteri sudah bersetuju untuk tidak membuka aib masing-masing.

Namun, lain pula yang terjadi apabila Nur Fazura memberi kenyataan kepada media yang disifatkan sebagai cubaan untuk memalukan dirinya.

image is not available

Kata Fattah, dia sedang menyimpan satu rahsia yang melibatkan bekas isterinya namun tidak mahu mendedahkannya.

Saya sebenarnya ada tahu suatu benda, tetapi kita dah bersetuju untuk tak nak buka aib masing-masing. Saya pun dah bersetuju untuk tidak failkan nusyuz.

Pelakon filem Mat Kilau ini memohon Fazura tidak mengeluarkan sebarang kenyataan memalukan kerana enggan berbalah.

image is not available

Fattah sedar perbalahan yang berlaku akan memberi kesan buruk kepada anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya.

Malu lah anak saya nanti, dah besar dia boleh tengok mummy dan daddy dia bergaduh cara macam ini. Saya tak nak, saya kesian ke dia.

Terdahulu, Fattah menafikan dakwaan yang dibuat Fazura mengenai isu culas memberikan nafkah dan curang.

Kata Fattah, dia mempunyai bukti pembayaran nafkah namun mungkin ianya tidak cukup.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Kosmo!