'Mama dah takde...' Ibu Syazwan Zulkifly meninggal dunia

LocalEntertainment
9 Feb 2025 • 2:54 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

TAKZIAH

diucapkan buat pelakon Syazwan Zulkifly yang baharu sahaja kehilangan bonda tersayang, Allahyarham Rosnani Ali, 63, pada 9 malam Sabtu.



Khabar duka itu sempat dikongsi Syazwan menerusi Insta Story.



"Mama dah takde," titipnya.



Aktor berusia 38 tahun itu memaklumkan, ibunya telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara sejak lebih sebulan lalu susulan komplikasi paru-paru dijangkiti kuman.



image is not available



Memetik laporan

mStar,

jangkitan kuman yang dialami Rosnani memberikan kesan kepada fungsi injap jantung.



Syazwan turut dimaklumkan ibunya turut mengalami masalah buah pinggang dan perlu menjalani dialisis.



Pelakon filem

Juvana,Malbatt: Misi Bakara

dan

Suamiku, Encik Perfect 10

itu juga sayu mengenangkan pemergian insan yang amat bermakna dalam hidupnya. Sementelah, Ramadan bakal tiba beberapa minggu lagi.



image is not available



"Kehilangan ibu bapa ini adalah yang amat saya takut dan ia sudah terjadi. Saya ada dua adik lelaki dan ibu adalah wanita dalam keluarga.



"Jadi memang amat terasa dia tiada.



"Selama dalam industri, rezeki saya adalah berkat doa ibu. Sekarang saya sudah tiada doa itu.



"Bulan puasa akan datang pasti akan berbeza dan saya risaukan bapa sebab dia tinggal seorang diri," luah Syazwan.



Difahamkan, jenazah ibu Syazwan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh, Gombak.



Sumber:

,

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved