Perkongsian terbaru selebriti popular Abby Abadi mencuri perhatian apabila dia memuat naik momen anaknya, Marissa Dania bersama pempengaruh Munir Akhunov.
Dalam hantaran itu, Abby dilihat berkongsi semula suasana mereka yang sedang live menjual baju, sambil berseloroh masih banyak video lain yang belum dimuat naik.
Abby Abadi doakan yang terbaik buat Marissa dan Munir
Melihat keserasian mereka, Abby berkata kedua-duanya mungkin sudah boleh mendapat peluang kerja bersama selepas ini.
View on Threads
Abby turut menitipkan doa buat Marissa dan Munir agar mereka sentiasa berada dalam keadaan baik di mana sahaja.

Selain berkongsi momen Marissa dan Munir, Abby juga sempat mempromosikan Polka Loose Shirt yang dijual menerusi showcase TikTok miliknya.
Perkongsian santai itu menunjukkan hubungan Abby yang cukup sporting, apabila dia bukan sahaja menyokong anaknya, malah turut terhibur melihat gelagat Marissa dan Munir ketika berniaga secara live.
The post “Mama Doakan Yang Terbaik Buat Kalian” – Abby Abadi Kongsi Momen Marissa Dan Seorang Jejaka appeared first on Oh! Media.





