'Mama proud of you abang.' Puteri Sarah syukur anak terima anugerah 'Player of The Year'

LocalEntertainment
5 Dec 2024 • 11:23 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

TAHNIAH diucapkan buat aktres Puteri Sarah Liyana dan bekas suami, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof atas pencapaian anak sulung mereka, Syaikhul Islam, 7, yang menerima anugerah pemain bola sepak terbaik, 'Player of the Year' daripada FC Kuala Lumpur.

Perkara itu dikongsikan Puteri Sarah menerusi Instagram miliknya.

"Mama is so proud of abang. Player of The Year for @fckualalumpur.

"Fly high Syaikhul Islam," kongsinya menerusi Insta Story.

image is not available

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah bapa Puteri Sarah, Megat Kamaruddin Megat Shamsuddin.

Sementara itu, bekas suaminya, Syamsul Yusof turut menitipkan rasa bangga kepada anak sulung mereka.

Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu berkongsi foto Syaikhul merangkul piala yang diterima daripada program bola sepak bagi kanak-kanak dan remaja tersebut.

Tidak lupa, beliau juga memuat naik foto mereka berdua semasa Syaikhul masih kecil.

image is not available

"Anak lelaki saya mendapat anugerah 'Player of The Year' bola sepak daripada Kuala Lumpur FC.

"Ayah dan seluruh keluarga bangga dengan awak, Syaikhul Islam,"kongsi Syamsul.

Turut berbangga dengan pencapaian Syaikhul, warga maya mengucapkan tahniah.

"Alhamdulillah.Masya-ALLAH Syaikhul Islam tahniah."

"Tahniah handsome."

"Terbaik dan menyerlah. Semoga bakat Syaikhul terus diasah."

Puteri Sarah dan Syamsul berpisah pada 14 Jun tahun lalu selepas sembilan tahun berkongsi hidup.

Selain Syaikhul, mereka juga memiliki seorang anak perempuan bernama Sumayyah yang kini berusia lima tahun.