‘Mama selamanya di hati Angah’ – Ibu Puteri Aishah meninggal dunia selepas 10 tahun melawan kanser

EntertainmentHealth & Fitness
29 Jan 2026 • 12:11 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PELAKON Puteri Aishah berkongsi berita sedih apabila ibu tercintanya, Norita Sulaiman, menghembuskan nafas terakhir selepas hampir 10 tahun berjuang melawan penyakit kanser.

Berita duka itu dikongsikan Puteri Aisyah menerusi satu hantaran media sosial yang memperlihatkan luahan penuh emosi mengenang pengorbanan dan kekuatan ibunya sepanjang menjalani ujian tersebut.

"Selamat jalan mama kesayanganku. Terima kasih atas segala pengorbanan yang tidak terhingga. Mama adalah ibu terbaik di dunia.

image is not available

"Mama dah melawan kanser hampir 10 tahun. Terima kasih dah berjuang habis-habisan untuk hidup dengan kami di dunia ini selama mungkin dan kini, mama rehat," titipnya.

Luahan berkenaan nyata menyentuh hati ramai apabila Puteri Aisyah menggambarkan betapa tabah dan kuatnya Allahyarham yang terus berjuang demi keluarga meskipun diuji dengan masalah kesihatan dalam tempoh yang panjang.

Pemergian Allahyarham Norita Sulaiman pada Ahad lalu meninggalkan kesan mendalam buat pelakon itu serta seluruh ahli keluarga. 

Artikel penuh:

  • Disahkan kanser ovari tahap tiga, si kecil berusia 20 bulan diuji penyakit menakutkan. 'Doakan Auni sembuh macam dulu'

  • image is not available

    "Saya akan menyimpan kenangan kita, selamanya. Mama selamanya di hati Angah. Tiada siapa dapat menggantikan mama.

    "Angah harap, mama selalu datang dalam mimpi dan peluk Angah, tolong ya. I love you, ma," kongsinya.

    Terdahulu, khabar duka itu telah dimaklumkan oleh rakan baiknya yang juga pelakon, Shaza Bae menerusi sebuah hantaran di Instagram Story.

    Rakan-rakan selebriti dan peminat turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan takziah serta doa agar Puteri Aishah diberikan ketabahan menghadapi kehilangan tersebut.

    Dalam temu ramah media sebelum ini, finalis program pencarian Dewi Remaja 2015/2016 itu pernah mendedahkan ibunya menghidap kanser ovari tahap empat.

     

     

    View Original Article