Mamat Beri Ucapan Buat Shuib, Netizen Tanya Mana Jep, “Tak Datang Ke?”

Entertainment
24 Jun 2023 • 9:55 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
mamat

Pelawak dan penyampai radio, Shuib malam tadi telah selamat disatukan dengan pilihan hatinya, Watie. Majlis disambut meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat dalam industri seni.

Anggota kumpulan Sepah, Mamat bagaimanapun tak dapat hadir kerana mempunyai komitmen lain. Dia sudah menghubungi Shuib mengucapkan tahniah di atas pernikahan tersebut.

Foto Harian Metro

Mamat sempat mengimbau kenangan lalu apabila dia tiba lewat di majlis nikah Shuib dan arwah Siti Sarah. Ketika itu, dia membawa jambangan bunga untuk dihadiahkan kepada pengantin sehingga Siti Sarah menangis.

Kali ini, Mamat sekali lagi tak dapat bersama Shuib dan sempat berseloroh meminta Shuib menunda majlis nikah itu deminya.

Di ruangan komen, netizen tertanya-tanya di manakah Jep kerana kelibatnya tak kelihatan pada malam tadi. Mereka tertanya-tanya adakah Jep tidak dijemput atau tak dapat hadir kerana urusan lain.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Kredit: TikTok Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.