Mamat Sepah Umum ‘Pencen’ Dunia Komedi – “Banyak Kemenangan Dah Perolehi, Masa Untuk Bidang Perniagaan”

EntertainmentBusiness & Finance
22 Sep 2025 • 7:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bekas anggota kumpulan Sepah, Mamat membuat keputusan mengumumkan tidak akan menyertai sebarang program komedi lagi selepas ini.

Nak beri tumpuan pada bisnes saja

Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad, 40, berkata dia dan rakan seangkatannya, Shuib kini mahu beri tumpuan sepenuhnya kepada dunia perniagaan dan keluarga.

Menurut Mamat, mereka rasa sudah ‘cukup’ dalam dunia komedi dan tiba masa untuk beri ruang kepada pelawak muda dan influencer untuk menyerlahkan bakat mereka.

Saya sudah puas sebab sudah capai banyak perkara malah banyak juga kemenangan yang sudah diperolehi bersama kumpulan saya sebelum ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cik Nana (@_cik_nana)

Sudah puas bergelar artis, beri peluang untuk pelawak baru

Tambahnya lagi, selepas 16 tahun bergelar artis dan mencuba pelbagai bidang seperti lakonan, nyanyian dan penyampai radio, dia kini lebih selesa untuk fokus kepada bisnes pula.

Macam dulu banyak program komedi tapi sekarang ni macam kurang jadi saya rasa lebih baik beri peluang kepada pelawak baru atau golongan influencer untuk jadi pelapis buat kami ni.

Sekadar info, Mamat sebelum ini pernah memasuki program komedi bersama-sama Shuib dan Jep, di mana kumpulan mereka di namakan sebagai ‘Sepah’. Mereka berjaya menduduki tempat juara untuk program Raja Lawak (musim ketiga) dan Maharaja Lawa pada tahun 2011.

image is not available 2024-08-06 15:19:46

“Waktu Susah Kau Cari Aku, Waktu Senang Kau Tinggal” - Hantaran Mamat Sepah Tuju Pada Siapa?