MAMPU Akan Ditempatkan Dibawah Kementerian Digital

TechnologyDigital
14 Dec 2023 • 7:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo, kini mengesahkan yang mana MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia) akan beroperasi dan ditempatkan dibawah Kementerian Digital.

Sebelum ini, MAMPU beroperasi dibawah Jabatan Perdana Menteri, dan kini dengan susunan semula, MAMPU diletakkan dibawah Kementerian Digital.

image is not available

MAMPU merupakan agensi kerajaan yang sedia membangunkan sejumlah produk memfokuskan digitalisasi, termasuk MyGovernment, perkongsian Data Terbuka Kerajaan, Galeri Aplikasi Mudah-Alih Kerajaan Malaysia, dan sebagainya.

Dengan beroperasi dibawah satu kementerian sama, usaha integrasi dan perkembangan akan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas berbanding keperluan untuk berkomunikasi antara kementerian yang akan mengambil masa lama. Sebelum ini, antara agensi lain yang turut diletakkan dibawah Kementerian Digital adalah termasuk MDEC, MYNIC dan juga Jabatan Perlindungan Data Peribadi.