Mampu beli kereta mewah tapi kedekut nak bayar tol

LocalCars
24 Apr 2026 • 9:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kalau rasa bayar tol itu satu bebanan yang menyakitkan jiwa, mungkin sudah tiba masanya tukar kereta mewah itu kepada motosikal atau naik sahaja pengangkutan awam. Foto fail Bernama

BARU-BARU ini Merak Jalanan berdepan satu situasi yang sangat menguji kesabaran dan buat darah rasa membuak. Ia bukanlah kejadian pertama kerana Merak Jalanan pernah mengalaminya sebelum ini.

Sebuah kereta mewah, bukan jenama biasa-biasa sibuk mencucuk rapat di belakang kereta Merak Jalanan. Bukan sebab pemandunya ada kecemasan tapi sebab dia nak 'tumpang' palang tol percuma!

Logik apa yang dipakai pun Merak Jalanan tak tahu. Melihat pada gaya kereta, mustahil poketnya kering tapi bila sampai ke plaza tol, tiba-tiba pemandunya jadi 'miskin tegar', kedekut dan berkira walaupun jumlah tol yang perlu dibayar bukanlah banyak.

Kedekutnya sampai tahap sanggup membahayakan keselamatan pemandu lain. Kalau sudah guna jalan bertol, bayarlah seperti orang lain juga.

Merak Jalan ada juga terfikir, kalau tol pun berkira, bagaimana pula dengan insurans keretanya? Entah-entah culas juga nak bayar.

Kalau berlaku kemalangan, bukan sahaja diri sendiri yang susah, malah orang lain turut terpalit beban akibat sikap lepas tangan begini.

Merak Jalanan bukanlah jenis yang suka membuli tapi pemandu kedekut begini memang kena ‘ajar’. Disebabkan dah ada pengalaman berdepan situasi serupa, jadi ia lebih mudah.

Merak Jalanan tekan brek perlahan-lahan selepas palang terbuka, biar jarak itu cukup untuk palang tertutup semula tepat di depan kereta mewah tadi. Itulah namanya buku bertemu ruas. Nak scam tol tapi tak lepas.

Nasihat Merak Jalanan mudah saja. Kalau rasa bayar tol itu satu bebanan yang menyakitkan jiwa, mungkin sudah tiba masanya tukar kereta mewah itu kepada motosikal atau naik sahaja pengangkutan awam.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved