Mampu Berlegar Di Ruang Udara Selama 45 Minit, DJI Mavic 3 Pro Sebuah Dron ‘Flagship’ Luar Biasa!

Digital
14 May 2023 • 10:02 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
DJI Mavic 3 Pro memiliki keupayaan masa terbang sehingga mencecah 45 minit untuk sekali cas - Gambar ihsan DJI

Apabila berbicara tentang pesawat kawalan jauh yang dikenali sebagai dron, pasti ia mendatangkan keterujaan kepada pengemar-pengemar suntingan video untuk mendapatkan rakaman dari ruang udara. Kini, Malaysia dilihat telah berjaya melahirkan ramai juruterbang dron profesional tidak kira tua atau muda. 

Namun, terdapat segelintir juruterbang dron yang mengeluh terhadap ketahan bateri ketika ia diterbangkan. Perkara ini menjadi masalah biasa kepada pengguna dron dan kebiasaannya, paling lama peranti ini mampu diterbangkan selama tempoh 15 minit ke 20 minit bergantung kepada beberapa kerap penggunaan fungsi dan tetapan yang ada pada peranti tersebut.

image is not available
Mavic 3 Pro telah dinaik taraf dengan pemasangan tiga kamera optikal pertama di dunia yang dilengkapi kamera tele sederhana bersaiz 70mm

Baru-baru ini, jenama DJI telah melancarkan sebuah model dron terbaharu yang  memiliki keupayaan masa terbang sehingga mencecah 45 minit untuk sekali cas iaitu DJI Mavic 3 Pro. Penulis berpeluang menerbangkan peranti tersebut dan apa yang boleh dikatakan, dron kategori flagship ini memiliki ciri-ciri yang sangat mantap.

image is not available
Mavic 3 Pro mempunyai storan SSD sebesar 1TB!

Bukan sekadar memiliki keupayaan untuk diterbangkan dalam tempoh masa yang lama, Mavic 3 Pro juga telah dinaik taraf dengan pemasangan tiga kamera optikal pertama di dunia yang dilengkapi kamera tele sederhana bersaiz 70mm.

Bahkan, lensa kamera ini mampu memberikan imej yang berkualiti tinggi pada jarak maksimum 15 KM menerusi sistem fokus berganda sejauh 24mm, 70mm dan 166mm. 

Tidak hanya itu, ia juga turut memiliki tetapan HNCS (Penyelesaian Warna Semula Jadi Hasselblad) yang berupaya memulihkan imej warna sebenar dengan tepat serta  mempunyai teknologi zum optik sehingga tujuh kali ganda manakala 28 kali ganda bagi zum hybrid.

image is not available
Mempunyai teknologi zum optik sehingga tujuh kali ganda manakala 28 kali ganda bagi zum hybrid

Antara kelebihan lain adalah, ia turut memiliki resolusi foto 12 MP dan mod panorama (foto) 100 MP, spesifikasi Mavic 3 Pro in sungguh premium! Ini termasuk storan SSD sebesar 1TB dipasangkan pada model ini. 

Jadi anda usah bimbang tentang masalah storan penuh ketika dron ini diterbangkan, apatah lagi, ia turut dilengkapi dengan  keupayaan jarak tinggi terbang pada ketinggian maksimum 6 km dan jarak jauh maksimum 30 km dari peranti alat kawalan.  Wah, memang hebat!

image is not available

Lain-lain fungsi asas dron masih dikekalkan seperti mod pendaratan automatic, night vision, tetapan pelepasan pesawat pintar dan seumpamanya. Saiznya juga masih kompak dan ringan, menjadikan ia mudah dibawa ke mana-mana.

Oleh itu, memandangkan spesifikasi Mavic 3 Pro kali ini sungguh canggih dan premium, sudah tentulah harganya yang dijual di pasaran agak tinggi. 

Model ini boleh didapati dengan harga bermula RM9,799 dan tawaran maksimumnya mencecah RM21,999 bagi kombo DJI Mavic 3 ProCine Premium.

image is not available

Setelah menggunakannya, penulis berpendapat model DJI kali ini bukanlah boleh dianggap sebagai peranti permulaan mahupun digunakan secara kasual. Ia lebih kepada penggunaan secara profesional dan perlu dimanfaatkan dengan efektif, barulah ia berbaloi untuk dimiliki. - Getaran, 14 Mei 2023