Mampu Rawat 3,000 Pesakit Sehari, China Perkenal Hospital AI Pertama Di Dunia

Health & Fitness
31 May 2024 • 11:59 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Para penyelidik dari negara China telah memperkenalkan sebuah Hospital Kepintaran Buatan (AI) pertama di dunia yang mampu merawat 3,000 pesakit dalam sehari.

Memetik laporan The Sun UK, penyelidik dari Universiti Tsinghua di Beijing menyatakan bahawa hospital AI itu bakal mula beroperasi menjelang separuh kedua 2024.

image is not available

Foto: The Sun UK

Menurut Ketua pasukan penyelidik Hospital tersebut, Liu Yang menyatakan bahawa hospital yang akan memberi manfaat besar kepada kedua-dua profesional perubatan dan orang awam ini mampu merawat sehingga 10,000 pesakit dalam masa beberapa hari.

Difahamkan, doktor manusia memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun untuk mencapai angka tersebut untuk merawat para pesakit di hospital.

image is not available

Foto: The Sun UK

Hospital AI yang meliputi rawatan seperti penyakit pernafasan utama ini menjadikan profesional perubatan maya dapat mensimulasikan keseluruhan proses mendiagnosis dan merawat pesakit.

Setakat ini, terdapat 14 doktor yang direka untuk mendiagnosis penyakit dan merumuskan pelan rawatan terperinci, manakala empat jururawat bagi memberi tumpuan kepada sokongan harian.

image is not available

Foto: The Sun UK

Kewujudan doktor AI ini membolehkan ia bukan sahaja mengendalikan beribu-ribu, malah berjuta-juta kes sekali gus mampu meramalkan penyebaran, perkembangan dan kawalan penyakit berjangkit di rantau berkenaan.

Sumber: The Sun UK