Mampukah Sekolah Adat lestarikan MAN Sabah?

25 Mar 2023 • 2:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Telipok: Bolehkah Sekolah Adat (SA) melestarikan objektif dan fungsi Mahkamah Anak Negeri (MAN) Sabah supaya berfungsi lebih cekap? Jawapannya adalah ‘Ya’.

Sekolah adat yang diwujudkan oleh Persatuan Pengamal Adat Tradisional Sabah (Sunduan Nabalu) sejak tahun 2019 adalah insiatif paling berkesan untuk memperkasa dan melestarikan MAN di Sabah.

Sehingga sekarang Sunduan Nabalu sudah membina lima sekolah iaitu di Kg Lomawang Tuaran, Nabawan, Ulu Tolungan, Tongod dan Kg Suang Mongkobung Telipok. Lima lagi sekolah akan dibina tahun ini manakala 17 lagi masih dalam perancangan.