Man Bai anggap GV memalukan penyanyi, Tok Ram malas layan ‘tong kosong’

LocalEntertainment
27 Dec 2024 • 10:01 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Penyanyi terkenal, Man Bai, 57, menyuarakan pendapat tegas mengenai program realiti Gegar Vaganza (GV), yang disifatkannya memiliki format pertandingan yang memalukan penyanyi.

Menurut Man Bai, walaupun pernah ditawarkan untuk menjadi penyanyi jemputan baru-baru ini, beliau memilih untuk menolak tawaran tersebut.

“Saya tak mahu sokong program yang memalukan artis bertanding. Kenapa perlu merendahkan artis berpengalaman seperti Inka Christie yang pernah menang pelbagai anugerah tetapi boleh tersingkir? Tidak logik,” katanya.

Man Bai turut mempertikaikan keputusan ketua juri GV, Datuk Ramli MS, kerana tidak memilih Liza Aziz sebagai peserta terbaik pada konsert minggu keempat.

“Jika Liza layak menang, kenapa takut untuk berikan kemenangan itu? Persembahan Liza sudah mencapai standard antarabangsa. Kalau dia kalah, saya rasa juri-juri itu pekak. Maaf cakap,” tambahnya.

Tok Ram balas kritikan

Sementara itu, Datuk Ramli MS atau Tok Ram, membalas kritikan tersebut dengan mempersoalkan mengapa hanya sekarang format GV dipertikaikan.

“Kenapa baru sekarang, GV musim ke-11, nak buat aduan? Kenapa tak kritik sejak musim pertama?” katanya.

Beliau turut menyifatkan kritikan Man Bai sebagai tidak relevan dan memilih untuk tidak melayan komen kosong.

“Dia bercakap, tapi isi tiada. Ketuk tong, bunyinya saja kuat tapi tak ada apa-apa,” tegas Ramli.