MAN perlu pupuk sikap profesionalisme: Joachim

19 Jul 2024 • 4:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam mahu setiap Mahkamah Anak Negeri (MAN) mentransformasikan kepimpinan dengan memupuk sikap profesionalisme.

Beliau berkata, tahap profesionalisme tinggi perlu dititikberatkan agar dapat memberi gambaran kepada orang ramai bahawa pekerja seperti pemimpin tradisional mempunyai nilai komitmen dan dedikasi tinggi dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Beliau berkata, sikap profesionalisme akan dapat meningkatkan keyakinan dan persepsi orang ramai terhadap kualiti sistem penyampaian perkhidmatan MAN secara amnya.

Justeru, ia dapat mencapai matlamat Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS) dalam memartabatkan adat warisan, memelihara hak Anak Negeri dalam memastikan Undang-undang Adat Anak Negeri sentiasa dipatuhi dan dihormati.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Transformasi kepimpinan memerlukan kesungguhan, komitmen dan usaha berterusan daripada semua pihak berkaitan,” katanya.

Dr Joachim berkata demikian ketika menyempurnakan penutupan Kursus Transformasi Kepimpinan Pemimpin Tradisional Cemerlang Siri 5 Tahun 2024 bagi Daerah Ranau di Dewan Masyarakat Ranau, pada Khamis.

Seramai 203 peserta mengikuti kursus tersebut yang melibatkan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kundasang, Karanaan dan Paginatan.

Terdahulu, Dr Joachim yang juga Adun Kundasang berkata, KKTP melalui JHEANS mengambil berat keperluan pemimpin tradisional dalam memastikan perkhidmatan mereka diperkasakan.

“Sehubungan itu, saya berharap semua peserta hari ini dapat mengaplikasikan sebaik mungkin apa yang dipelajari selama dua hari ini.

“Saya difahamkan penceramah jemputan juga antara pakar untuk menyampaikan topik berkaitan selaras dengan objektif program kursus ini.

“Saya yakin apa yang anda pelajari dan perolehi sepanjang kursus ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab pada masa hadapan dengan lebih teratur dan lancar,” katanya.

Dr Joachim menambah, melalui kursus itu semua peserta akan dapat meningkatkan kemahiran peribadi dan pengetahuan mereka secara umum.

Kursus ini dianjurkan untuk memberi pendedahan menyeluruh tentang amalan peranan dan tanggungjawab pemimpin tradisional bagi memastikan penyampaian perkhidmatan lebih berkesan di kawasan masing-masing. Selain itu, ia juga salah satu kursus wajib yang dilaksanakan oleh JHEANS untuk pemimpin tradisi di MAN Sabah.

Dr Joachim Beliau menyeru pemimpin tradisional supaya sentiasa melengkapkan diri dengan kemahiran semasa, berinovasi dalam mencari peluang mendedahkan diri kepada perkara baharu, serta agresif mempelajari ilmu bagi meningkatkan kecemerlangan, contohnya melalui kursus seperti ini.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Dr Jamili Nais; Pengarah JHEANS, Majaran Osman; Pegawai Daerah Ranau, Tinus Manggam; OKK Muhasip Haji Ruman dan OKK Domonic Ganie serta Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kundasang, Dounis Sani.

Kemudian, Dr Joachim diiringi Dr Jamili mendengar taklimat Lawatan Kembara Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Ranau yang disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif Majlis Daerah Ranau, Elmer Endra M. Sator.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.