"Man U Kena Sailang Lagi!" - Liverpool Sambar Bintang Belanda, Cody Gakpo

Football
27 Dec 2022 • 11:58 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Biarpun pada awalnya Gakpo telah bersetuju secara prinsip untuk menyertai Manchester United, Kelab Gergasi Eropah itu gagal mencapai persetujuan bersama PSV Eindhoven.

image is not available

Lebih mengejutkan, awal pagi tadi secara rasmi dimaklumkan bahawa Liverpool memenangi perlumbaan untuk mengikat bintang muda Belanda selepas PSV Eindhoven mengumumkan perjanjian bersama kelab Liga Perdana itu.

"PSV dan Liverpool FC mencapai persetujuan mengenai perpindahan Cody Gakpo," kata PSV dalam satu kenyataan.

"Penyerang berusia 23 tahun itu akan berangkat ke England dalam masa terdekat di mana perlu menjalani ujian yang diperlukan sebelum urusan perpindahan selesai."

Pengurus besar PSV, Marcel Brands berkata yuran perpindahan itu akan menjadi rekod tertinggi untuk kelab Belanda itu. Menurut laporan, bayaran itu boleh meningkat sehingga £44 juta (RM235.15 juta)