Man United Buru Semula Slot Ke Liga Juara-Juara

Football
14 May 2023 • 1:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Man United Buru Semula Slot Ke Liga Juara-Juara

MANCHESTER — Kemenangan 2-0 Manchester United ke atas Wolves yang dicatatkan semalam membolehkan pasukan itu memburu semula slot ke liga Juara-Juara, lapor AFP.

United Optimis Buru Slot Ke Liga Juara-Juara

Turun di Old Trafford, pasukan itu memburu tiga mata di laman sendiri selepas hanya mencatatkan dua kemenangan dalam lapan perlawanan sebelum ini.

Perkara itu turut diperkatakan oleh Jurulatih The Red Devils, Erik Ten Hag dengan ketiadaan Marcus Rashford akibat kecederaan.

“Kami perlu bangkit semula. Kami telah tewas dua kekalahan sebelum ini akibat kesilapan individu, tidak bermain dengan baik dan menampilkan permainan yang perlahan.

“Hari ini kami perlu menang dan kami berjaya buktikan,” katanya.

Tambahan lagi, pencabar slot itu, Newcastle United terikat 2-2 sewaktu melayani kunjungan Leed United.

Dalam perlawanan semalam, anak-anak buah Ten Hag menampilkan corak permainan yang bertenaga dengan beberapa kali serangan hampir menterjemahkan kepada gol.

Gol yang dicari-cari United hadir pada minit ke-32 menerusi penyudah Anthony Martial yang menolak masuk bola ke gawang lawan selepas menerima hantaran Antony.

Walaupun bermain dengan cukup baik, namun beberapa kesilapan tuan rumah hampir mengundang padah.

The Red Devils mengunci tiga mata selepas kemasukan Alejandro Garnacho yang mencatat nama sebagai penjaring pada penghujung perlawanan.

Sehingga kini, United berada di tangga keempat liga berkongsi 66 mata dengan Newcastle United yang berada di kedudukan ketiga selepas 35 perlawanan. Manakala Liverpool di kedudukan kelima dengan 62 mata.

Southampton Tersingkir Dari Liga

Sementara itu, Southampton secara sah tersingkir dari Liga Perdana Inggeris selepas mengalami kekalahan 0-2 terhadap Fulham di gelanggang sendiri.

Kekalahan itu menyebabkan Southampton masih ketinggalan lapan mata daripada zon penyingkiran walaupun kembalinya dua pemain utama mereka, Carlos Vinicius dan Aleksandar Mitrovic.

Kini Southampton hanya berbaki dua perlawanan untuk dimainkan sebelum tamat liga. Ia sekaligus menamatkan 11 tahun cabaran kelab itu dalam liga terbaik dunia.

Sumber: AFP Via France24

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved