Man. United perlukan Fernandez

Football
5 Aug 2026 • 7:15 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Man. United perlukan Fernandez

LONDON: Manchester United hanya memerlukan seorang lagi pemain berkualiti untuk muncul pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Bekas penyerang England, Emile Heskey berkata, Michael Carrick wajar memberi tumpuan untuk mendapatkan pemain tengah Chelsea, Enzo Fernandez.

Fernandez yang membantu Argentina mara ke final Piala Dunia sebelum dilayangkan kad merah ketika tewas kepada Sepanyol, dilaporkan mahu meninggalkan Stamford Bridge.

Hasrat pemain itu untuk menyertai Real Madrid semakin sukar menjadi kenyataan meskipun disokong oleh Jose Mourinho, berikutan Chelsea meletakkan harga sekitar 120 juta pound (RM661 juta).

Walaupun nilai perpindahan itu menyebabkan kebanyakan kelab tidak berminat, Heskey yakin Fernandez mampu membawa United kembali mencabar kejuaraan liga.

“Bahagian tengah adalah posisi yang United masih boleh dipertingkatkan dan Enzo Fernandez mampu memberikan impak besar.

“Dengan Casemiro sudah meninggalkan kelab, mereka memerlukan pengganti yang mempunyai pengaruh sama. Casemiro menamatkan musim lalu dengan baik dan kehilangannya pasti dirasai.

“Saya fikir Fernandez pemain yang sesuai menggantikannya. Jika United berjaya mendapatkannya, saya melihat mereka mampu bersaing merebut gelaran.

“United sentiasa memiliki pemain berkualiti, tetapi sistem yang digunakan pengurus sebelum ini tidak begitu sesuai dengan mereka.

“Jika mereka berjaya menemukan sistem yang tepat, tiada sebab mereka tidak mampu mencabar Manchester City, Arsenal dan Liverpool,” kata Heskey kepada BoyleSports.

Selain pemain tengah, United juga dilaporkan mahu mendapatkan bek kiri baharu bagi memberikan saingan dan perlindungan kepada Luke Shaw yang sering dibelenggu kecederaan.

Bek kiri Newcastle United, Lewis Hall, muncul sasaran utama Carrick, manakala pemain muda Arsenal, Myles Lewis-Skelly, turut berada dalam senarai pendek kelab.

The Red Devils akan membuka kempen Liga Perdana Inggeris musim ini dengan menentang pasukan yang baru dinaikkan pangkat, Hull City, pada 22 Ogos.

United sudah membelanjakan kira-kira £85 juta pound (RM468 juta) untuk mendapatkan khidmat Youri Tielemans dari Aston Villa dan Andrey Santos dari Chelsea, namun Carrick masih mahukan seorang lagi pemain tengah susulan pemergian Casemiro serta kecederaan serius yang dialami Manuel Ugarte.

Beberapa nama dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford termasuk Alex Scott (Bournemouth), Adam Wharton (Crystal Palace), Carlos Baleba (Brighton) dan bintang Perancis, Manu Kone. – AGENSI/UTUSAN

The post Man. United perlukan Fernandez appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved