'Mana Abdul Hadi Saat Rakyat Susah Kerana Harga Barang Tinggi'? - Anwar

Politics
16 Nov 2022 • 8:04 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Abdul Hadi Awang - Gambar oleh Sairien Nafis

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar dakwaan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang kononnya parti itu tidak mampu menyelesaikan masalah ekonomi.

Anwar turut mempersoal di sebalik sikap pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu yang sibuk membawa naratif ketidakmampuan PH berhubung isu terbabit, apakah pula tindakan Hadi ketika kenaikan harga barang dan kadar inflasi meningkat.

image is not available
Anwar Ibrahim - Gambar oleh Abdul Razak Latif

“Apabila PH bawa agenda perubahan ekonomi dan kebajikan rakyat, pemimpin PN, iaitu Ustaz Hadi Awang pula sibuk bawa naratif kononnya kita tidak mampu selesaikan masalah ekonomi kerana semakan rekod serta fakta membuktikan sebaliknya.

“Wahai Ustaz Hadi Awang, di mana kamu saat rakyat disusahkan dengan kenaikan harga barang dan kadar inflasi yang terus membengkak,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar turut mempersoalkan mengapa perkara itu tidak dibangkitkan tatkala Tan Sri Muhyiddin Yassin sibuk mengagihkan jawatan Menteri dahulu.

“Kenapa bungkam ketika Muhyiddin Yassin sibuk mengagih jawatan di saat rakyat tengah susah?

“Apakah dengan melantik 70 orang menteri termasuk kamu sebagai Duta Khas PM, tidak dikira sebagai pembaziran?,” soalnya.

“PH mempunyai tekad tinggi untuk membawa perubahan kepada negara dan tidak memainkan isu perkauman,” katanya. - Getaran 16 November 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved