“Mana Ada Bubar Parlimen, Belum”- Makcik BN Betulkan Soalan Caprice Raih Perhatian Ramai [Video]

LocalPolitics
30 Jun 2026 • 5:13 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada 1 Jun lalu Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor. Malah pada 27 Jun lalu pula telah berlangsungnya proses penamaan calon di 56 pusat penamaan bagi Pilihanraya Negeri (PRN).

Dengan selesainya proses tersebut maka telah bermula tempoh berkempen untuk semua calon daripada pelbagai parti selama dua minggu sebelum tibanya hari mengundi pada 11 Julai ini.

Temubual Caprice bersama wanita penyokong BN raih perhatian

Penyanyi rap yang juga aktivis, Caprice turut tidak ketinggalan untuk meninjau suasana ini dan sempat menemuramah seorang wanita daripada parti Barisan Nasional (BN) sehingga meraih perhatian ramai.

Dalam video tersebut, awalnya Caprice bertanya apakah pendapat wanita itu berhubung peruntukan pembangunan di Johor sebanyak RM14.6 bilion yang merupakan peruntukan tertinggi dalam sejarah dalam pemerintahan Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wanita sifatkan Johor bertambah maju di bawah pimpinan Onn Hafiz

Soalan itu kemudian dijawab oleh wanita terbabit dengan menjelaskan negeri tersebut berada dalam keadaan baik di bawah pemerintahan Menteri Besar negeri berkenaan.

“Memang kuranglah, kalau diikutkan sebenarnya Johor ni sekarang dah bertambah maju dengan adanya Menteri Besar sekarang (Onn Hafiz). Jadi sekarang kita makin lama makin maju, jadi apa lagi yang dimahukan?

“Kita kena pertahankan BN di negeri Johor ni. Jadi bantuan yang ada sekarang yang kerajaan Johor bagi dengan ekonomi yang ada dan keuntungan yang ada diberi (semula) kepada rakyat Johor sendiri,” katanya.

Bahkan ketika disoal adakah BN menjadi kerajaan yang baik? Wanita itu menjawab “Terbaik.”

Betulkan Caprice mengenai soalan parlimen dibubarkan, “Mana ada bubar parlimen, belum”

Namun apa yang menjadi perhatian adalah apabila wanita tersebut memperbetulkan kenyataan Caprice yang dipercayai tersasul apabila menyoalnya tentang mengapa parlimen dibubarkan pada soalan kedua.

“Jadi kenapa tiba-tiba kena bubar parlimen sedangkan BN dah terbaik? ‘Mana ada bubar parlimen, belum.'”

Difahamkan apa yang cuba dimaksudkan oleh Caprice ada pembubaran DUN dan bukan parlimen.

Wanita sangkal dakwaan tiba-tiba adakan PRN di Johor

Malah ketika ditanya mengapa perlu melakukan PRN sekiranya BN sudah melakukan yang terbaik. Wanita itu lalu mengatakan kerana ia sudah empat tahun dan sememangnya perlu melakukan PRN dan menyangkal dakwaan ia dilakukan secara tiba-tiba.

Video memaparkan wanita tersebut membetulkan kenyataan Caprice kemudiannya menjadi tular di Threads.

View on Threads

Ramai sokong makcik betulkan kenyataan Caprice mengenai bubar parlimen

Di ruangan balas, ramai netizen yang menyokong tindakan wanita atau makcik berkenaan memperbetulkan kenyataan penyanyi rap tersebut.

Malah ada yang berpendapat Caprice sepatutnya menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya apabila bercakap dengan makcik berkenaan.

Ada juga tegur makcik tak jawab soalan Caprice

Manakala di ruangan komen Facebook pula, ada yang berpendapat makcik terbabit tidak menjawab soalan yang diberikan oleh Caprice.

“Lain soalan ditanya, lain dijawab makcik tu.”

Sebagai info sekiranya DUN Johor tidak dibubarkan pada awal bulan lalu, DUN itu akan terbubar secara automatik pada April 2027.

“Macam tu je kena, muka acik ni sangat-sangat ‘subtitle.'”

Image from: “Mana Ada Bubar Parlimen, Belum”- Makcik BN Betulkan Soalan Caprice Raih Perhatian Ramai [Video]

“Bubar DUN je. Bukan parlimen. 5 tahun sekali mungkin tahun depan penggal habis. Terbaik kak”

Image from: “Mana Ada Bubar Parlimen, Belum”- Makcik BN Betulkan Soalan Caprice Raih Perhatian Ramai [Video]

“Caprice ni pun dengan makcik-makcik cakap jelah Bahasa Melayu dah kenapa nak cakap English. Nasib makcik tu boleh faham sikit. Dah lah merapu bubar parlimen, bila masa?”

Image from: “Mana Ada Bubar Parlimen, Belum”- Makcik BN Betulkan Soalan Caprice Raih Perhatian Ramai [Video]

“Lain soalan ditanya, lain dijawab makcik tu”

Image from: “Mana Ada Bubar Parlimen, Belum”- Makcik BN Betulkan Soalan Caprice Raih Perhatian Ramai [Video]

“Adoi makciknya, kena soal dengan Caprice jawapan tak ada fakta langsug. Belum cukup lagi makcik setahun lebih lagi”

Image from: “Mana Ada Bubar Parlimen, Belum”- Makcik BN Betulkan Soalan Caprice Raih Perhatian Ramai [Video]
View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved