“Mana Ada Iri Hati..” – Jihan Muse Buat ‘Come Back’ Jadi Hos AJL37, Nafi Cemburu Lihat Elly Mazlein Kendali GV9

19 Jan 2023 • 11:09 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Agak lama menyepi dek kesibukan menguruskan keluarga, pelawak dan juga personaliti TV Jihan Muse khabarnya akan memegang tanggungjawab sebagai hos bagi acara berprestij, Anugerah Juara Lagu edisi ke 37 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Perkara tersebut dimaklumkan Jihan ketika sesi memperkenalkan hos AJL37 yang berlangsung di PJ Pac,1 Utama, Damansara, semalam.

Ditemui media, Jihan dalam pada itu turut menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak berasa iri hati apabila posisinya sebagai hos tetap dalam program Gegar Vaganza diambil alih oleh Elly Mazlein.

Iri hati? Eh tak adalah, kerja ini sama sahaja. Bila kita rehat, orang lain ganti, saya rasa itu kerja masing-masing. Tak ada timbul rasa iri hati atau apa. Pada ketika itu pun saya sendiri yang cuti. Bukan kena buang kerja ke apa.

Ujarnya, pihak pengurusan GV telah memilih orang yang tepat kerana Elly Mazlein sememangnya padu dan telah menceriakan program tersebut sepanjang ia berlangsung.

Alhamdullilah, kita pun tahu Kak Lina (Elly Mazlein) punya kerja macam mana. Saya gembira program itu berjalan dengan lancar dan saya rasa lagi boom kot!

Terdahulu, posisi Jihan sebagai hos GV telah digantikan oleh Elly Mazlein berikutan pelawak itu masih berada dalam pantang setelah melahirkan anak kedua.

Kemunculan Elly Mazlein dalam program nyanyian popular itu telah mendapat banyak pujian netizen kerana keletah pelakon itu yang menghiburkan penonton setiap kali ia bersiaran di kaca TV.

image is not available 6 jam lalu

"Aidil Tak Tegur Ke?" - Peminat Tegur Fasha Sandha Pakai Seluar Ketat Sampai Nampak Alur Seluar Dalam

View Original Article