
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Melihat kepada trend penggunaan media sosial kini, ramai individu tidak kira umur suka memuat naik konten bagi mendapatkan engagement (penglibatan) yang tinggi.
Malah ada juga yang menggunakan golongan anak kecil untuk meraih populariti. Mana tidaknya, masyarakat memang suka melihat kecomelan, telatah dan ragam anak-anak.
Namun masih ada segelintir yang tidak sedar bahawa kongsi gambar atau video kanak-kanak bawah umur tanpa izin di media sosial adalah satu jenayah. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf sebelum ini, Akta Kanak-Kanak 2001 telah diwujudkan bagi melindungi privasi kanak-kanak.
Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Kongsi Gambar Atau Video Budak Di Media Sosial Tanpa Izin Satu Jenayah?
Pakcik Kantin Didakwa Buat Live Ketika Murid Sekolah Beli Makanan
Baru-baru ini, tular di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Zizah berkongsi satu tangkap layar yang diambilnya dari platform TikTok menyaksikan live (siaran langsung) murid-murid sekolah sedang membeli makanan ketika waktu rehat mereka.
Difahamkan sesi live itu dikendalikan oleh peniaga kantin tersebut. Zizah bagaimanapun tidak bersetuju dengan tindakan tersebut yang mana ia jelas mendedahkan muka serta identiti kanak-kanak bawah umur di khalayak ramai warganet.
Dakwanya, lebih 1,000 penonton ketika dia melihat live berkenaan.
“Korang okay tak kalau kantin sekolah buat live? Masa live ni lalu FYP (for you page) saya, ada 1,300 penonton,” dakwanya.
View on Threads
Acik Kantin Didakwa Terima Gift Bermodalkan Konten Murid Sekolah
Menurut Zizah di ruangan komen, ramai di kalangan ibu bapa yang cuba menyembunyikan identiti anak termasuklah lencana dan logo sekolah. Namun orang lain dengan mudah melakukan sebaliknya.
Dakwa wanita ini lagi, ramai juga penonton live yang memberikan sumbangan gift kepada hos (pengusaha kantin yang melakukan) live TikTok.
“Dalam komen-komen tu ada yang minta kod QR konon nak infak. Makin seronoklah hos dapat gift berbekalkan muka anak-anak ni,” dakwanya.
View on Threads
Harap Ada Ibu Bapa Yang Bersuara
Melihat daripada cara peniaga kantin mengendalikan live terbabit, Zizah percaya bahawa live TikTok itu sudah banyak kali dilakukan. Bagi mengatasi isu ini, dia telah pun menghantar aduan kepada TikTok namun tiada sebarang tindakan diambil.
Dia juga dalam masa berharap agar ibu bapa atau penjaga murid terlibat akan bersuara tentang hal tersebut.
“Semoga ada ibu bapa murid sekolah tu yang bersuara. Nampak gaya macam dah selalu buat live tu dari komen-komen viewer,” katanya.
View on Threads
Apa Motif Buat Live Murid Sekolah Beli Makanan Di Kantin?
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai tidak bersetuju dengan tindakan peniaga kantin yang merakam kanak-kanak di sekolah berkenaan.
“Orang lain punyalah nak sorok anak sekolah mana. Orang lain pula yang pergi dedahkan,” kata seorang wanita.
Malah ada yang turut mempersoalkan motif live itu disiarkan.
“Live untuk promosi makanan kepada orang luar ke macam mana? Live untuk apa? Apa target? Bukan makanan kantin hanya untuk murid dekat situ ke? Ke murid ada telefon masing-masing?” tanya seorang lelaki.
Sementara itu, ada juga yang berkongsi pros dan cons di sebalik melakukan live TikTok tersebut.
“Buat live baiknya sebab kita boleh periksa semula jika penjual terlupa nak pulang baki, sebab kadang-kadang lepas budak bagi duit dia terus gerak. Lagi-lagi murid yang belum kenal nilai wang. Sambil tu, penonton boleh kasi cadangan menu lain yang lebih meriah dan sihat.
“Cons dia identiti anak kita orang tahu. Harapnya penjual lebih fokus rakam makanan dan dirinya sendiri je. Sebab saya pun tak selesa kalau ada muka anak saya,” kata seorang netizen.
Berikut antara komen-komen netizen:




Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Dedah Masyarakat Kurang Cakna Kes Jenayah ‘Child Grooming’, Anggap Sekadar Jenaka
Baca Artikel Berkaitan: Buat Konten ‘Crush’ Dengan Pelajar, Abang Bas Mengaku Tak Bersalah
Baca Artikel Berkaitan: Tular Buat Konten Crush Dengan Pelajar, ‘Abang Bas’ Sudah Ditahan Polis
