“Mana Boleh Yang..” – Panggil Anna Jobling ‘Sayang’, Netizen Meluat Dengan Meerqeen

27 Sep 2022 • 12:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, viral di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna memaparkan pelakon serasi terkenal, Meerqeen dan Anna Jobling.

Menerusi video tersebut, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam dilihat sedang mesra berbual bersama Anna di dalam Instagram live.

Malah, pelakon Melur Untuk Firdaus itu turut sempat memanggil Anna dengan panggilan ‘Yang’ iaitu kata singkatan kepada perkataan ‘Sayang’.

Difahamkan, Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman cuba untuk meminta Meerqeen untuk membuat betuk ‘love’ dengan tangan namun ditolak.

Mana boleh Yang, tak boleh. Kita kena ada identiti sendiri.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah menimbulkan tanda tanya buat para netizen mengenai status mereka berdua sama ada sudah menjadi satu pasangan secara rasmi.

image is not available

Namun, ada juga netizen yang memaklumkan mereka bukanlah pasangan dan meluahkan rasa meluat melihat Meerqeen yang sengaja menunjuk momen manis bersama Anna.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 jam lalu

"Terdesak Sangat Ke Nak Famous?" - Wanita Mengaku 'Ex' Ryan Bakery, Siap Simpan Gambar Lama