“Mana Kedua Kaki Dan Tangan Bella?” – Kakak Dedah Rangka Bella Tak Sempurna

Entertainment
26 Jan 2024 • 5:44 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kakak kepada mangsa bunuh Mila Sharmila menjelaskan dia tak dapat mengawal rasa marah sebaik melihat wajah suspek Mohammad Haikal Mahfuz ketika dibawa ke mahkamah tempoh hari.

Kata Norhisham Samsusah, dia masih ingat bagaimana suspek yang merupakan teman lelaki Bella mengaku tak tahu dan kononnya meninggalkan Bella di tepi jalan pada hari kejadian.

Ada yang pertikai kenapa lebih-lebih nak rusuhan

image is not available

image is not available

Tetapi hakikatnya, suspek tahu sesuatu dan pihaknya hanya menerima rangka selepas 36 hari berusaha mencari. Kakak mangsa turut mendedahkan rangka yang diterima keluarga dalam keadaan tak sempurna.

Di mana kedua kaki dan tangan Bella?

image is not available

Hatinya hancur apabila melihat hanya tengkorak kesan dihentak, rongga mata, tulang rusuk dan punggung dipulangkan kepada keluarga.

image is not available

Dengan penuh rasa sedih, Norhisham mempersoalkan kenapa pelaku sangat zalim sehingga sanggup memperlakukan adiknya sedemikian rupa.

Dia berharap anggota kaki dan tangan Bella ditemui agar adiknya disemadikan dalam keadaan sempurna.

Kredit: TikTok it’s me

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.