“Mana Love?” – Perbualan Jisoo Dengan ‘Kekasih’ Lisa Curi Perhatian

LocalEntertainment
26 Sep 2024 • 12:48 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Nampaknya, ahli BLACKPINK yang lain pun tahu tentang hubungan antara Lisa dan Frédéric Arnault.

Baru-baru ini, Ji-soo telah menghadiri pertunjukan fesyen Dior yang berlangsung di Paris, iaitu salah satu jenama di bawah LVMH, milik bapa kepada Frédéric Arnault.

Di penghujung acara, Ji-soo juga sempat berbual dengan lelaki itu dan perbualan mereka nampaknya ada kaitan dengan Lisa sendiri.

Khususnya, penyanyi “Flower” itu bertanya tentang ‘Love’ iaitu anjing peliharaan Lisa kepada Frédéric. Soalnya,

‘Love’ kat mana?

Jawab Frédéric,

Anjing tu? Dia mungkin akan keluar nanti.

Meskipun Lisa mahupun Frédéric Arnault belum pernah mengesahkan secara rasmi tentang hubungan mereka namun, ramai semakin yakin bahawa berdua sedang menjalinkan hubungan kini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article