
Kota Kinabalu: Seorang pemimpin Parti Warisan (Warisan) menggesa Kerajaan Negeri mendedahkan hasil siasatan berhubung dakwaan pencatutan air di Sabah.
Setiausaha Warisan Bahagian Kota Kinabalu, Loi Kok Liang berkata di tengah-tengah kekecewaan yang memuncak, orang ramai menuntut ketelusan dalam penemuan siasatan itu.
“Apakah penemuan semasa siasatan? Kenapa senyap? Mereka yang mengalami kerugian kewangan dan diskriminasi semasa krisis air menuntut keadilan dan akauntabiliti ke atas mereka yang bertanggungjawab.
“Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu proaktif dalam menangani isu ini dengan memberikan maklumat terkini kepada orang ramai dari semasa ke semasa, jangan biarkan orang ramai tertanya-tanya.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Rakyat Sabah terus bergelut dengan bukan sahaja gangguan bekalan air tetapi juga masalah infrastruktur lain yang mendesak, termasuk bekalan elektrik yang kerap terputus dan keadaan jalan yang teruk.
“Isu-isu ini menambahkan lagi pergelutan harian yang dihadapi rakyat dan menuntut perhatian segera,” katanya dalam kenyataan, Rabu.
Liang menegaskan perkara itu memerlukan perhatian segera kerana rakyat Sabah berhak mendapat jawapan dan tindakan daripada kerajaan mereka.
“Akses saksama kepada air bersih dan infrastruktur asas bukanlah satu keistimewaan tetapi hak asasi. Masa untuk bertindak sepatutnya sudah lama dilaksanakan, dan penderitaan rakyat tidak boleh diabaikan lagi,” katanya.
Pada Julai lalu, Shahelmey berkata siasatan menyeluruh akan dijalankan ke atas pihak tidak bertanggungjawab yang dikatakan mengaut keuntungan daripada penjualan air di kawasan yang dilanda masalah air.
Katanya, beliau menerima banyak laporan pengangkut air atau syarikat mengaut keuntungan berlebihan, dengan mengenakan caj sehingga hampir 10 kali ganda daripada kadar biasa untuk bekalan air di kawasan tersebut.
Tambahnya, terdapat mereka yang membeli dan menjual air pada harga tidak terkawal sehingga RM14 atau RM28 semeter padu, sedangkan harga dari depoh air hanya RM3 semeter padu.
Shahelmey berkata bagaimanapun Kementerian perlu mengumpul maklumat terperinci mengenai perkara itu sebelum mengambil sebarang tindakan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
