“Mana Yang Berlagak Sangat Hari Tu” – Dulu ‘Viral’ Sebab Perlekeh Orang Langkawi, Lamborghini Usahawan ‘Sangkut’ Dalam Banjir

20 Dec 2022 • 4:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sudah beberapa kali usahawan ini menjadi tumpuan ramai di media sosial gara-gara posting yang dimuat naik olehnya menerusi Instagram mahu pun TikTok.

Sebelum ini, wanita dikenali sebagai Ayunie ini pernah tular kerana video TikTok bersama rakannya dikenali sebagai Cikna ketika mereka bercuti di Pulau Langkawi.

image is not available 3 bulan lalu

"Lambo Cikna Pakai Minyak Mahal Je" - Usahawan Kosmetik 'Complain' Langkawi Jual Minyak 'Murah'

Menerusi video itu, mereka menayangkan kereta mewah berwarna merah dan hijau sewaktu bersiar-siar di sekitar pulau namun ia membuatkan netizen ‘panas hati’

Ia gara-gara kenyataan Cikna yang meluahkan rasa kecewa apabila tidak dapat mengisi minyak ‘mahal’ di Langkawi untuk Lamborghini tersebut.

image is not available

Terbaru, Ayunie memaklumkan bahawa kereta mewah kesayangannya itu hampir tenggelam apabila paras air mula meningkat dalam sekelip mata.

Jelasnya, dia dan keluarga tiada di lokasi kerana kebetulan sedang bercuti di Indonesia dan terpaksa mencari towing menerusi akaun Instagram.

After berjam-jam bertungkus lumus nak keluarkan Lamborghini alhamdulillah lepas jugak. 2, 3 kali tukar towing sebab air dalam sangat banyak towing tak lepas.”

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, Ayunie sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantunya dalam hal tersebut selain turut berharap orang lain tidak lalui perkara yang sama sepertinya.